Followers

Homestay Pasir Gudang (1)

Thursday, March 6, 2014

Inilah Realiti (Part 2)

Salam
Okie....dah baca entry sebelum ni kan? apa komen korang?
Sedih kan? Cerita tu mengenai orang yang bergaji RM3000!!! Hello gaji sebegitu adalah standard kelayakan yang ada degree tau...diulangi  yang ada degree...bukan diploma or kerani or pak jaga...
 25hb dapat gaji....26hb duit dah habis....sebab apa?? sebab semua duit dahpun bertuan...

Komen saya mengenai cerita itu ialah tiada siapa yang bersalah...maksudnya suami itu tidak dayus dan keluarga mereka tidak boros...kenapa saya berkata begitu?
25hb....dapat bayangkan tak 25hb adalah hari gaji.....dalam fikiran isteri mestilah masa ni suaminya banyak duit dalam tangan kannn....so tak salah sebenarnya isteri minta belanja dapur, tudung yang berharga RM15, balik kampung, dan sebagainya. Anak2 pula minta duit sedikit untuk membeli peralatan sekolah. Bukan budak2 tu minta nak beli mainan pun. Itu pun nasib baik suami tak ada pinjaman bank selain pinjaman rumah, kereta dan motor.

Jujur saya sebagai seorang perempuan dan isteri...saya memang tak suka dengan keadaan di atas. Sangat rasa tak selesa. Ketatnya hidup ni rasa...kan?? Perkara yang paling saya tak suka ialah sentiasa memikirkan tentang duit....duit.....duit....
Terlalu berkira kalau nak beli sesuatu. OH TIDAK!!! Saya tak mampu hidup dengan keadaan begini. Kalau boleh saya nak saya boleh berbelanja & berjalan walaupun sudah hujung bulan. Tak ada masalah tentang duit. Kan best macam tu kan? Korang pun mesti nak kan rasa apa yang saya rasa kan??? benda tu normal.... Tipulah tak ada perasaan macam tu.

Rasa sangat bersyukur kerana saya adalah wanita bekerjaya. Inilah pesan Kak Long saya. Kita kena kerja walau apa jadi sekalipun. Jangan bergantung dengan duit suami. Kalau kita bekerja kita ada duit poket sendiri. Terima kasih Long. 

Mungkin beberapa tips ini dapat membantu bagi mereka yang ingin bekeluarga..(tips ni hanya boleh diguna pakai untuk orang2 biasa macam saya aje...untuk orang2 golongan bangsawan tak payah la baca....korang dah kayaaa)..pesttttt...tips ni selalu saya pesan kepada pelajar2 saya....mungkin ada beberapa tips yang poyo....tapi ini adalah realiti!!! hahahahaha

1. Jika sudah bekerja hulur sedikit duit gaji kita kepada ibu bapa kita. Insyallah takkan susut duit gaji kita hanya kerana kita bagi duit kat ibu bapa kita. Insyalah bertambah berkat duit tu.
2. Jangan lupa selalu baca surah Al- Waqiah.
3. Jangan sekali2 buat pinjaman terutama ketika ingin berkahwin dengan alasan tak ada modal untuk persiapan khawin dan untuk duit hantaran. Ini semua kerja gila!!! Buat majlis ikut kemampuan kita. 
4. Jangan sekali2 buat pinjaman untuk menampung kehidupan seharian. Ya....perkara ini memang banyak berlaku.....boleh tak fikir....pinjam duit berpuluh2 ribu hanya untuk tampung kehidupan keluarga? memang tak masuk akal!
5. Pinjaman hanya boleh dilakukan hanya 3 perkara.....Pertama untuk beli rumah...kedua...untuk beli kereta....dan yang ketiga untuk tambah aset (beli kebun, modal untuk memulakan perniagaan, rumah kedua dan sebagainya). Ya hanya itu sahaja.
6. Andai sudah berteman pastikan teman kita itu sekufu....kalau tak tinggalkan dia...SELAMAT JALAN ...BYE! hahaha
7. Lagi bagus kalau dapat anak bongsu...biasanya anak bongsu ni tak ada tanggungjawab terhadap keluarga.....biasanya lah!!...kikikik...jahat tak?
8. Kalau nak beli barang yang kita idamkan pastikan jangan berhutang. Kumpul duit dulu. Dah cukup baru beli. OK? (orang kita ni...sukaaaaa sangat beli barang berhutang....serius tak paham...lagi2 nak raya....nak beli tv, pinggan mangkuk, sofa pun berhutang...kenapa ek? sebab tu la duit tak cukup ...ini antara puncanya) 
9. Untuk kaum perempuan....tolonglah kerja dengan niat untuk membantu suami mengukuhkan ekonomi keluarga. Jangan terlalu berkira untuk keluarkan duit sendiri untuk tampung perbelanjaan keluarga....Ingat...jangan sekali2 ungkit apa yang dah kita keluarkan untuk keluarga....ikhlaskan & redhakan aje...insyallah cukup :)
10. Pastikan teman hidup kita tidak ada sejarah hutang keliling pinggang! Apa guna kalau kita aje yang clear dari hutang tapi pasangan kita banyak hutang....huhuhu

Sebenarnya cerita untuk entry sebelum ini ada jalan penyelesaiannya....carilah pasangan yang sekufu. Dengan pendapatan isi rumah RM3000 sebenarnya tak cukup untuk menampung keperluan sebuah keluarga. 

Banyak kelebihan sekiranya kita tidak berhutang antaranya...saya akan pastikan 10% daripada duit gaji kita adalah duit untuk diri kita....maksudnya 10% tu reward untuk diri sendiri...belilah apapun yang kita mahu untuk diri sendiri sebagai tanda penghargaan untuk diri sendiri setelah penat bekerja selama sebulan. Indahnya rasa tu....ce try buat....korang akan rasa nikmatnya!! hahaha...trust me!

Tu jela sedikit sebanyak pendapat dari saya... tak kisah kalau korang tak setuju....pandangan dan pendapat orang lain2 kan?
ok bye
TATA


Inilah Realiti (Part 1)

Salam
Lama tak update blog kan?
Kali ni nak syer mengenai cerita di bawah. Ce baca dulu cerita di bawah....pas baca baru saya akan komen dalam next entry. Ok...bye!
sumber: Facebook (Page TV PRU13)

30hb , suami dapat gaji RM3,000.00 terus buat internet banking bayar bill air Rm30.00, bayar duit rumah Rm700.00 bayar duit kereta Rm700.00 , bil telephone suami dan isteri Rm200.00 , bill elektrik Rm170.00 , ansuran motor Rm150.00 dan yuran tuisyen anak Rm150.00 ..serta menukarkan Rm150.00 duit pecah seringgit-seringgit untuk belanja sekolah anak anak untuk sebulan...lalu berbekalkan duit baki Rm750.00 balik kerumah jemput isteri dari tempat kerja..terus di sambut ngan isteri satu soalan " ari ni hari gaji abang kan??..jom pergi beli barang dapur byk dah habis sambil bawak bebudak makan luarlah mlm ni sebab I tak laratlah nak masak ari ni... bebudak pun esok hari sabtu cutikan? Suami mengangguk lemah terpaksa setuju demi anak dan isteri.

Sampai di rumah disambut pulak dgn anak yg bongsu " Ayah cikgu adik ckp ari isnin cikgu nak RM20.00 untuk beli baju sukan yg baru." Isteri spontan menyampuk " mintak kat ayah..ayah baru dapat gaji..sambil anak yg sulung pula mencelah .." ayah kakak pun nak duit Rm 30.00 hari isnin untuk beli buku rujukan dah dekat nak peperiksaan ni..Si suami terus mengeluarkan Rm50.00 untuk anak bongsu dan anak sulong ..

Kemudian bila selepas magrib berangkatlah anak beranak ke kedai untuk mkn dan berbelanja barang dapur dan sebelum itu suami singgah isi minyak kereta Rm50.00 langsung ke kedai makan dan makanlah anak beranak tersebut dgn bil makan berjumlah Rm50.00..Setelah itu langsung pergi berbelanja barang dapur dgn jumlah Rm 250.00 untuk barang kering dan Rm 50.00 untuk barang basah..

setelah semuanya selesai pulanglah keluarga tersebut kerumah dgn suami hanya tinggal gaji yg baru dpat pagi tadi sebanyak Rm300.00 sahaja.Maka tidurlah si suami dgn mata yg terkebil kebil mengenangkan baki duit yg tinggal hanya dlm beberapa jam sahaja dapat gaji tadi..

Keesokkannyer pagi sabtu isteri suruh si suami belikan roti canai untuk sarapan pagi...suami pun pergilah beli dgn modal Rm5.00 dan surat khabar Rm1.50.. manakala menjelang petang si isteri dan anak anak ajak suami jalan jalan di pasar malam Jalan TAR sempena malam minggu...si suami ikutkan jugak dlm keadaan dilema bagi menjaga hati isteri dan anak anak.Terpaksa tambahkan lagi minyak kereta sebanyak Rm30.00 ..

sesampai di jalan TAR si isteri berkenan dgn tudung bawal berharga Rm15.00 mintak dibelikan..suami pun keluarkan duit bayar..kemudian bila kedepan sedikit bahagian pakaian kanak kanak pula nampak baju tidur anak anak yg berharga Rm15.00 sehelai..isteri pun selamba kata " bang baju tidur bebudak ni pun dah lusuh..belikan diorg yg baru ni.murah jer Rm15.00 hengget...suami keluarkan lagi Rm30.00 untuk baju tidur anak anak. 

Lalu terus pulang ke kereta untuk balik kerumah bersama sama..tetapi dalan perjalanan nak pulang anak anak merengek dahaga dan lapar .mintak singgah di kedai makan untuk makan mlm...sang ayah kesiankan dgn rengekan anak pun singgahlah di kedai makan tomyam dan makan dgn membayar Rm30.00 lagi..Jumlah keseluruhan baki yg tinggal selepas 48jam dapat gaji ialah Rm188.50.

Esok hari Ahad...isteri suh pergi kedai pagi pagi untuk belikan santan dan sedikit ikan bilis untuk masak nasi lemak sebagai sarapan pagi...suami modalkan lagi Rm7.00 dan Rm1.50 untuk suratkhabar...tinggallah duit gaji genap Rm180.00..Malamnyer pulak beri pada isteri Rm150.00 untuk belanja makan dia di pejabat atas dasar nafkah kepada isteri tercinta...

Maka bermulalah pagi hari isnin si suami dgn berbekalkan modal baki gaji hari jumaat kelmarin sebanyak Rm30.00 untuk isi minyak motor dan makan di pejabat..serta menghitung hari lagi untuk ke 30hb yg akan datang samada sampai atau tidak??....selang seminggu selepas itu pada hujung minggu isteri ajak balik kampung melawat ibu ayah dia di kampung..suami katakan tidak.ada modal...lalu isteri menjawab dgn sinis " kalau ajak balik.kampung saya jer takder duit...klu ajak balik kg saya jer abg kata tak der duit...mana pergi duit gaji abang selama ni....takkanlah seminggu gaji dah tak berduit...abg ada pompuan lain ke??" Terpinga pinga suami nak di jawab jadi perang...nak di ceritakan yg sebenar nanti disalahkan balik kata kita mengungkit hanya sebabkan belanjakan tudung Rm15.00 tu....Uaaaaa Uaaaaa..isteri ku sayang.

Begitulah realiti kehidupan seorang suami yg penyabar demi melaksanakan tanggungjawab dan amanah Allah kepadanya...Nak buat kerja lebih masa dan part-time nanti isteri mengeluh selalu tak lekat kat rumah...penat dia melayan kerenah anak anak sorang diri...tapi bila gaji tak cukup pun di sindir katakan suami tak jalankan tanggungjawab...bila mintak dibantu nanti di katakan itu tanggungjawab suami untuk sediakan nafkah anak isteri...lagipun dia katakan dah tlg bayarkan duit baby sitter yg sepatutnya tanggungjawab suami...

kesimpulannya dan persoalannya bahagiakah suami itu atau dayuskah suami itu atau boroskah keluarga mereka ?

Wednesday, February 12, 2014

Ermmmm.....

Salam
Hantu pulut
Best kan kalau ada orang buatkan untuk kita...
Hurmmmmm...







Wednesday, January 29, 2014

Arghhhh nikmatnya

Salam
Buah ni fevorite mak saya.
Tak tau sejak saya mengandung ni bila nampak buah ni air liur saya menjejes-jejes.
Sebulan yang lepas temankan kawan betulkan cermin kereta dia yang pecah di kedai kereta area Sri Alam. Lepas tu saya bagitau saya nak makan di food court Tesco Sri Alam. Lepas tu saya nampak ada mamat makan buah di depan saya. Nampak macam sedap. Nak tanya mana mamat ni dapat buah tu malu lah pulak.  Puas saya pusing mana mamat ni dapat buah...tak ada pun orang jual buah dalam cup macam tu. Last2 beli air coolblog & terus tanya....mana ek nak dapat buah dalam cup? tu ada jual sebelah orang jual air tu....ohhhhhhhhhhhh....terus saya beli 1 cup buah nenas & 1 cup buah mangga. Ampunnnnnnnnn sedapnya buah niiiiii......colek dia sangat sedap!!! saya memang tak kuat makan pedas....tapi sejak mengandung kalau tak pedas memang saya tak mo makan...hahahahaha....terbalik pulak kan? kawan2 saya semua terkejut dengan perubahan ni... colek dia memang pedas gilerrr!!! meletop mulot....tapi saya memang makan colek tu tanpa ada apa2 perasaan...kalau saya tak mengandung confirm gelupur saya cari air.....sebab colek dia pedas & sedap sangat!!! arghhh....saya ketagih buah colek kat Tesco Sri Alam.


 Semalam member ke Tesco.....kali ni kirim aje dengan dia...saya kirim 2 cups nenas....buah lain x mo...adehh...terus jejes2 air liur....nasib baik jauh Tesco tu...kalau dekat hari2 saya beli....huhuhuhuhu

 see.....sedapkan?????? saya lupa pesan kat kawan yang saya tak mo bubuh asam tu....just colek aje...tak pe next time bubuh colek aje tau kak maya....tq kak maya.....sayang akak...ngehhhh....sedap...pedas...sedap!!!! hari2 nak makan macam ni!

lepas tu papa amin bawak saya ke pasar area kolej komuniti....lama mama mai tak keluar ke mana2 sejak tak sihat ni.....nampak nenas lagi....apa kenama ek nenas yang kecik yang masak ranum tu??? nenas moris ke???ntah....papa amin belikan nenas tu 2 biji....hahahahaha....sukenyeeeeee buat air nenas la kiteee....dulu masa kecik2 mak selalu buat air nenas ni...masak asam pedas pun bubuh nenas...masak asam pedas cair2.....adeh.....kecur plak ni...oklah nak balik nak makan nenas ni .....makan sejuk2 best!!! ok bye out!!
TATA



Thursday, January 9, 2014

Selamat Hari Lahir

Salam
10/01/1979 (9.45am)
Terima kasih kepada kedua ibubapa saya kerana melahirkan dan menjaga saya sehingga saya ke tahap ini. Terima kasih kepada suami kerana menjaga saya dengan baik seperti ibubapa saya menjaga saya. Maaf andai saya pernah membuat silap sepanjang mak, bapak & abang menjaga saya. Tiada apa yang saya harapkan untuk tahun ini. Cuma sedekahkan Al-Fatihah untuk saya. Terima kasih. Assalamualaikum.


Maafkanlah Bila Hati Tak Sempurna MencintaiMu

Salam
cuaca mendung....layan lagu 






Detik waktu terus berjalan
Berhias gelap dan terang
Suka dan duka
Tangis dan tawa
Tergores bagai lukisan

Seribu mimpi berjuta sepi
Hadir bagai teman sejati
Di antara lelahnya jiwa
Dalam resah dan air mata
Ku persembahkan kepadaMu
Yang terindah dalam hidupku

Meski ku rapuh dalam langkah
Kadang tak setia kepadaMu
Namun cinta dalam jiwa
Hanyalah padaMu

Maafkanlah bila hati
Tak sempurna mencintaiMu
Dalam dada ku harap hanya
Dirimu yang bertakhta

Detik waktu terus berlalu
Semua berakhir padaMu

Thursday, January 2, 2014

HOMESTAY PALING MURAH DI PASIR GUDANG!! (Homestay Pasir Gudang 1 & Homestay Pasir Gudang 2)

 Assalamualaikum!!!
Berita paling hangat 2014 ini....
Satu2nya berita dimana harga turun pada tahun 2014
Kami telah menawarkan harga paling menarik bagi homestay kami

Harga: RM100/malam (Isnin, Selasa, Rabu & Khamis)
Harga: RM150/malam (Jumaat, Sabtu, Ahad & Cuti Umum)

Hubungi kami:
amin 012-7510950
mai 012-7629565






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...